Latar belakang Tahajjud_Cinta

Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telahpun muncul dengan album pop dan tradisional sebelum ini dan kini beliau membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu.

Dalam album ini, Siti Nurhaliza menyanyikan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan iaitu 'Ya Rasulullah' dalam versi yang telah digubah semula kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu.Lagu 'Ketika Cinta' adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick telah dirakamkan semula dengan susunan muzik baru dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia `Perempuan Berkalung Sorban’. Lagu 'Pintu Rindu' (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan 'Selawat' juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan mesejnya.[3]

Manakala lagu ciptaan baru yang dihasilkan dalam album ini ialah Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.